Diri Aku..

My photo
Klebang, Melaka, Malaysia
nk tau nme aku x???pnggil faisal @ payjal jek..hehe..umo aku bru jek m'cecah 19 taun..ni la 1st time aku ada blog,sblm ni men FB jek kje...hahaha...nty kite cter lgi k..daaaa... :>

funny-funny


Teka Teki Bergambar

Berapa banyakkah muka yang boleh anda jumpai di dalam gambar di bawah ini?





Jawapannya tengok 2 gambar kat bawah nie












Gilo Punya Teka Teki

1. Nak tanya nih.... BURUNG APA YANG TAK JAGA ANAK DIA.....? Teka arrrr....... Fedup..? Burung BELATUK la.... binatang tu mana pernah bela anak. Bela ATUK dia tau la... dah nama pun belaTUK

2. Ini ada satu soalan apakah persamaan ikan dengan gitar ha jawablah tak kan susah kot? jawapannya ialah kadua-duanya boleh digoreng ha...ha...ha.

3. Jawaplah teka-teki saya... kalo panjang susah dipotong, kalo double pulak memang tak dapat dipotong tapi kalo pendek, tak leh dipotong....apa kah itu????......apa!!!! salah beb...line jalan raya lah....hah..hah...hah

4. ADA satu barang yang kita tak akan beli untuk diri kita sendiri, tetapi kita beli untuk org lain ataupun orang lain yg akan belikan untuk kita...... JAWAPAN: KERANDA

5. Apa benda yang tuannya tak tahu benda itu miliknya,kalau tahu tak nak pun ....... jwpn .......... keranda laie... hehe

6. Aku nak tanyer korang sume...antara kereta ngan motor yang mana lebih tua??? >>> jawabnyer mestilah motor.. kenaper tak percaye??? korang tau sebab apa? sebab motor ade tongkat. kereta tak der tongkat.. hahahaha... lawak tak ... ahaks tak lawak pun kan... tapi aku sajer jer nak melawak

7. Apa akan jadi apabila batu hijau dicampakkan ke dalam Laut Merah??? jawab, jangan tak jawab!!! Jawapannya:batu itu basahlah!!! ha!ha!ha! lawaknyer.......

8. MENGAPAKAH PBB TIDAK MENENTANG AMERIKA DALAM PERANG IRAQ.DAN APAKAH ERTI PBB..??? JAWAPANNYA ADALAH Pakatan Bush Blair

9. Sorang Raja ingin bersiar² ngan private jet nyer.. dia pon suruh kadham bawak die jejalan naik kapal terbang... tetibe kapal terbang terhempas... siapa ...diulangi... siapa yg mati... siapa ye bukan! ... jawap²... titTTTt.... abis masa jwpnyer kadham la pasal raje kan mangkat... Haha

10. Dalam banyak-banyak ikan.. ikan apa pandai sembahyang... ok masa dah habis.. jawapannya ialah ikan solat (kata orang nogori sembilan).. hehehehe jangan mare nanti kena jual

11. Dalam banyak mata.. mata apa paling panas?... jawab jangan tak jawab.......... matahari laaar

12. Dalam banyak2 hari. Hari apo yang mengaum. haaaaa.. jawapannya ialah.......... harimau. kah...kah...kah ...kah...kah 100 kali. lawak tak kalau tak lawak pergi LONDON laaaa..............

13. Dalam banyak-banyak rumah.Rumah apa yang orang takut? jawapan:rumah hantu.. Habis dah lawak.... hehe

14. Ibunya tinggi, bapanya gemuk dan leper dan anaknya pula selalunya ada 3. Apa jawapannya. jawapannya ialah kipas... Ntah lah!

15. Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china, di maggi ada, di lobak pun ada... disana ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang tiada pun ada... pening betul lah... jawap lah?????? heehe.. jawapannye huruf 'A' ler...

16. Why does the skeleton across the road? to go to 'The Body Shop'

17. Ni ada sekor lembu.Lembu tu pusing ke barat. Pastu tetibe lembu tersebut pusing ke tenggara. Cuna teka ekor lembu tu mengarah ke mana. Jawapannya:menghala ke bawahla....aperla korang nii....

18. Banyak2 motor.... motor ape yang tak ada handle... hahhh..ape lagi jawab laaa.... ape???!!! tak tau... ape laa.. jawapanye.. motorbot laaa......

19. Bukan lawak tapi teka teki campoq gurau senda,kalau anta boleh jawab?apa dia,kalau kita tidur dia bangun,kalau kita bangun dia tidur.....ha jawab la,itu pon tak tahu ka!nak tahu jawapanya,nenek aku cakap jawapanya ialah tapak kaki kita daa.....aku pon tak hatu laa, apa tak caya ,nanti cuba la o k... hehe

20. APA DIA PEMANDU RAMAI,PENUMPANG SEORANG.JAWAB DALAM MASA LIMA SAAT,. . . . . MASA DAH HABIS. JAWABNYA MAYATLA ITU PUN TAK TAHU KE.KIH KIH KIH. TAK LAWAK PUN... Tak baik tau.... Hehe

21. Pada suatu hari ada dua ekor gajah menaiki beca untuk bersiar-siar di sebuah kota. Sewaktu hendak melewati raund about tiba tiba beca tadi terbalik.soalannya, apakah yang pertama sekali nampak? Jawapan: nampak tipunya. betul tak!?..

22. ADA LAUTAN PENUH SUSU,TNGH2 ADA TAIK LEMBU APA DIA? BIJI MATALAH JAWABNYA

23. DALAM BANYAK-BANYAK KUIH,KUIH APAKAH YANG TAKDE BADAN,TANGAN DAN KAKI.JAWAPANNYA IALAH KUIH SRI MUKA.................ITU PUN TAK TAHU KE..........................

24. Sila isikan tempat kosong, kumbang bukan seekor,............. bukan sekuntum. apa dia? bunga? salah!!! orkidlah......... kenapa? tak percaya eh.....

25. Banyak2 ikan,ikan apa yg paling sedap di makan? jawab skrg!anda di beri masa 3 saat. tettt!masa tamat. Jwpnye: ikan yg di masakla.... hehe

26. Apa jawapannya kalau lalu sensorang tak takut. tapi kalau lalu ramai ramai takut.hah jawab jangan tak jawab..... kalau dapat bagi adiah ..ha ha ha ha... jawabnyer jambatan ndak robohler.. he he he.....

27. Saya ada teka-teki iaitu semalam hujan nya lebat,kalau anda yang pandai kira matik berapa titik nya?Ha jangan tak jawab! jawab ok?.........!tak dapat ke,sonang jo jang oii,kalau nak tahu jawaban tunggu selepas saya melepas..............!OK jawaban nya yalah,"TIGA" sebab "NYA"dalam huruf jawi laa jangan mare ta ta ti ti tu tu... (Dah lupa sapa bagi aku soalan ni..) hehe

28. Lagi kalau ditebalikkan jadi gila ,susu kalau ditebalikkan jadi apa ???? jawab jangan tak jawab . mesti korang jawab usus . jawapannya salah .yang sebenarnya susu kalau ditebalikkan tumpahlah .haaa hha......lawak tak!!!

29. Ape jadi kalau baju hijau,biru,ungu,kuning,jingga,indigo,hitam dan putih diletakkan dlm satu baldi air???jadi warna pelangi?salah tu...jawapannya basah la..muahahaha

30. PADA SUATU HARI ADA SEEKOR BURUNG TERBANG ATAS KAPAL LALU BURUNG TU BERAK ATAS KAPAL TIBA 2 KAPAL TU TENGGELAM NAMPAK APE??? JAWAB JAWAB JANGAN TAK JAWAB SAMPAI BEKILAT .JAWAPANNYA IALAH NAMPAK SANGATLAH AKU TIPU KORANG HA..HA..HA HASAREHE BETULLAHHHHH...

31. Haa... aku nak tanyerr cikit.korang makan kat mane....?jawab!jangan tak jawab!alaaa... kat mulut lerr.... hik..hik..hik...

32. Dalam banyak -banyak negara,negara ape yang jakon... Senang jer la..ITALI la...sebab..I......Tali... tak pernah tengok tali kot..

33. Haaa... aku nak tanye.. ok..kalau kereta,ditolak...panggil ape... jawab!jawab!..jawapannyerr kereta tolak lerr...hik..hik..hik..

34. Dalam banyak-banyak biawak yang engkau orang tau.. biawak apa yang paling menyakitkan orang????? "Simpul Biawak" ler... Sakit oooo.... kalau kena takleh gerak wooo

35. Bila kita berjalan benda tu pun berjalan. Bila kita berlari benda tu pun berlari. Bila kita makan dan minum benda tu pun ikut sama. Mesti korang tak tau punya benda apa yang ikut kita selalu. Bendanya ialah bayang-bayang kita sendiri. Lawak tak....




Koleksi cerita-cerita lawak.


Nenek Tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."

Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

B.I

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Anda Tahu Siapa Aku? 

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”